Pertama kali aku sampai ke pulau ini aku berasa sangat xcited, iaitu pada tahun 2008, pulau ini diberi nama pulau bunting disebabkan bentuknya seakan-akan seorang wanita yang sedang mengandung dan terbaring. Setiap kali aku pulang ke kampung untuk bercuti kapal terbang yang aku naiki akan terbang di atas pulau ini, apabila dilihat dari udara ia kelihatan seperti manusia yang sedang baring dengan kaki yang terbuka. Kenangan bersama pak tam lan, ayen, man patah, dan awang ketum memang tidak dapat au lupakan. Disebabkan semangat untuk memancing ikan kerapu kami memberanikan diri untuk berkemah di pulau tersebut setiap kali kami bertandang ke sana. Sudah menjadi satu kewajipan untuk aku ke pulau itu setiap kali aku pulang ke kampung.
Pertama kali menjejakan kaki ke pulau bunting bersama ayen, pak tam lan dan man patah.
Ini diantara pengalaman yang paling best apabila berharap pulau tersebut mempunyai sumber air tawar. tetapi apabila sampai ke sana air mata air sudah kering, kami hanya membawa 1 botol air sahaja (5 liter). Perjalanan untuk sampai ke tapak perkemahan mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit, kami terpaksa mendaki bukit di pulau tersebut dan menyusuri kawasan berbatu di tepi pulau, semasa menyusuri kawasan berbatu tersebut man patah telah terlepas botol air tersebut dan botol itu pecah disebabkan terhentak batu yang tajam.
tetapi kami bernasib baik apabila separuh daripada air tersebut sempat diselamatkan, kami meneruskan perjalanan meredah kawasan pantai yang berbatu. semasa dalam perjalanan aku terjumpa sekumpulan ikan bawal putih yang bermain di kawasan tebing, lalu aku menyuruh pak tam lan menjala ikan tersebut, semasa jala hendak dilempar aku yang berada di dalam air terasa sangat gatal, lalu aku memandang sekeliling. Ya Allah rupa-rupanya seekor obor-obor sedang berenang di belakang aku. kesan daripada obor-obor tersebut membuatkan kulit aku dan rakan-rakan yang lain terasa pedih dan amat sakit seumpama dicucuk oleh duri-duri yang tajam. Setelah samapi disebab kan letih dan perut berbunyi (lapar) kami pun memasak untuk makan tengah hari. tetapi malangnya air untuk membasuh beras dan membasuh ayam dan sotong tidak mencukupi, oleh itu kami mengambil langkah dengan memasak nasi dengan mengunakan air laut dan lauk juga dibasuh dengan air laut. setelah semuanya masak, aku merasa nasi, nasi tersebut terasa seperti garam dan lauk pon tidak dapat di makan, tetapi kami terpaksa makan juga walau bagaimanapun kerana tiada pilihan lain. Setelah selesai makan aku merasakan seperti lenguh-lenguh tengkuk, mungkin terlalu masin menyebabkan 'darah naik', pening kepala aku dibuatnya. Setelah selesai makan, kami memulakan aktiviti memancing, tetapi hasilnya kami hanya berjaya mendapatkan anak-anak ikan kerapu yang hanya bersaiz tapak tangan. Tetapi alhamdulillah ikan tersebut kami boleh dijadikan lauk untuk makan malam. Tersebut kami tidak memancing kerana angin terlalu kuat, kami tido awal dan bergerak pulang keesokan paginya.
Selepas itu aku kerap ke pulau itu untuk memancing dan menenagkan fikiran. Kenangan memang disimpan di dalam ingatan, sama ada pahit atau manis. Jika ia manis anggaplah ia sebagai satu ingatan, dan jika ia pahit anggaplah ia sebagai satu pengajaran.
Beberapa gambar Trip to bunting island